Followers

Popular Posts

Cara Memeriksa Power Supply Unit(psu)20/24pin

Wednesday, September 22, 2010 | by Ir-Shah

Power Supply Unit(PSU)
Fungsi Power Supply ialah menukarkan jenis kuasa elektrik dari soket dinding iaitu arus ulang alik kepada jenis yang diguna pakai oleh litar-litar di dalam komputer.Power Supply memainkan peranannya dengan menukar Kuasa AC kepada DC.Contohnya 220/230 AC kepada arus kecil ke dalam komputer 12v( Dc)
Selalunya pelbagai sebab Komputer(CPU) tidak dapat  ON.Salah satu sebab yang ialah kerosakan Power Supply.Di sini Shah nak Berkongsi cara-cara memastikan Power Supply kita rosak atau pun tidak


Cara Untuk Memeriksa Power Supply OK ke Tidak
Power Cord
1. Periksa Dahulu keadaan Power Cord,jika ada kebocoran ataupun kalau plug power cord menpunyai fius tukar dulu fiusnya
Power Supply Unit(PSU)
2.  Jika keadaan Fan(kipas)Power Supply berhabuk,bersihkan dulu dengan menggunakan berus
3.  Pada langkah ini kita akan melakukan Jumper Wajar pada connector (PSU).Sebelum itu cari wajar pendek yang menpunyai penebat untuk langkah keselamatan seperti gambar diatas
4.Cari Point wayar warna HIJAU dan Point wayar HITAM. Kemudian masukkan wayar pendek seperti gambar diatas diantara Point wayar HIJAU dan HITAM

5. Masukkan Power Cord Anda  ke Power Supply(PSU) dan ON kan Suis.Kalau Fan(kipas) pada Power Supply Berpusing Bermakna Power Supply anda OK
CONTOH PENGIRAAN CONNECTOR (PSU)
Setelah melakukan Ujikaji..Cara ini tidak membahayakan anda..Apa yang penting Jumper wayar pada Point Wayar HIJAU dan Point Wajar HITAM betul

Untuk maklumat anda Point Wajar HIJAU ada satu jer anda tidak akan keliru..manakala Point Wayar HITAM ada banyak.Untuk Point Wayar HITAM anda pilih jer pada lubang Connector PSU.Mana-mana pun boleh janji Wayar Point itu Warna HITAM

Anda Boleh mengetahui jenis Power Supply anda...Jenis 20pin atau 24pin dengan mengira jumlah lubang pada connector PSU.

LAKUKAN CARA YANG SAMA JER PADA KEDUA-DUA JENIS POWER SUPPLY INI

Selamat Mencuba --{{@Sh@h T3@M B3rkk@}}--

  1. 2 Responses to “Cara Memeriksa Power Supply Unit(psu)20/24pin”

  2. By kaizendeen on 18/11/10 5:47 PM

    bro terima kasih krn tunjuk ajar ni..aku x pernah try lagi cara ni...kena menuntut dari bro ni..

  3. By Anonymous on 25/1/14 1:06 PM

    macamana cara kalau kita nak tahu sama ada power supply pc kita sama ada ditukar dgn yg lain atau pun tidak?cthnya kalau kita bwk pegi kedai la kan...kita nak tahu sama ada power supply tu ditukar yang baru tau tidak. mana tau kot org kedai bukak sapu2 abuk je pas tu claim rm50 kata tukar yg baru

Post a Comment

BOLEH BERTANYA DI SINI