Followers

Popular Posts

Archive for 2010.08

Bagaimana Untuk Mendaftar Masuk ke 'MAYBANK2U.COM'

Thursday, August 26, 2010






Assalammualaikum..kembali lagi bersama shah dan Team Berkk.Sebentar tadi Shah menerima pertanyaan dari pengunjung blog Shah tentang cara-cara hendak mendaftar MAYBANK 2U.Sekarang Shah nak berkongsi cara untuk mendaftar masuk ke 'MAYBANK2U.COM'.Caranya mudah sekali dan Shah akan ringkaskan langkah-langkah.

Sila daftar di ATM mesin

  1. Masukkan kad ATM anda
  2. Masukan nombor pin anda
  3. Pilih 'MAYBANK2U/PHONE BANKING
  4. Pilih 'PIN LALUAN MAYBANK2U'
  5. Masukkan 6 digit nombor pin sementara
  6. Masukkan semula nombor pin tadi untuk pengesahan
Setelah melakukan semua perkara diatas kita ke langkah seterusnya

Layari internet 'WWW.MAYBANK2U.COM

  1. Pilih 'LOGIN'
  2. Pilih 'FIRST TIME LOGIN'
  3. Baca dengan teliti terma-terma dan syarat dan klik butang 'ACCEPT' pada penghabisan dokumen
  4. ACCESS NO : Masukkan 16 angka nombor kad ATM ANDA.
  5. PIN : Masukkan nombor pin sementara yang anda pilih di ATM
  6. USERNAME : Masukkan minimum 6- maksima 12 digit(huruf+angka)
  7. PASSWORD : Masukkan minimum 8- maksima 12 digit (huruf + angka)
  8. Klik 'ACTIVATE dan 'CONFIRM' untuk mendaftar

BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN PENYATA AKAUN
  1. Pilih 'ACCOUNTS & BANKING'
  2. Pilih 'GO & klik "print"
  3. Pilih 'TRANSACTION HISTORY' & klik 'print'
Untuk makluman anda,dengan maybank 2u ini.Kita dapat menjimatkan masa.Segala urusan Kewangan kita dapat selesaikan tidak kira dimana kira berada, tanpa pergi ke bank.

Sejenaka Bersama Team Berkk

Monday, August 23, 2010


Berkk..berkkk...berkk(alhamdulillah) perut pn dh kenyang..Jom la merapu cikit bersama team berkk.Shah nak ceritakan tentang kebongkak kan(sombong)seorang bos ni.huhu.. sampai pekerja nak minta cuti pn x bg..Kejam btl.Tapi kan ada situasi bos yang kejam dan bongkak nie menjadi bertolenrasi(bertolak ansur) hairan pulak??baca selanjutnya............


Keadaan waktu nie menunjukkan pukul dua petang.Dimana ada 3 orang pekerja di syarikat mana tah nk minta kelepasan cuti..Jom kita ikuti dialog mereka..hehehe


PEKERJA 1..Zabidin(bukan nama sebenar) : Tok..tokk...(dia ketuk pintu..hehehe)

BOS:Masuk.....ada apa bidin,,tergesa2 ja aku tgk hang ni bidin mcm bini nak beranak ja..

PEKERJA 1..Zabidin(bukan nama sebenar) : bos saya nak minta pelepasan cuti setengah
hari.
isteri saya call td..dia ckp anak saya demam.

BOS : x boleh!!!!(dgn nada yang mrh,sambil ketuk2 meja)abis keja kt office ni sapa nak abiskan
hang ingat syarikat aku ni ada syer dgn hang ker..suka2 hati nk minta pelepasan cuti
hang p kluaq sambung buat keja hang balik!!!!(marah btl bos dia time 2..uhuhuhuh)

PEKERJA 1..Zabidin(bukan nama sebenar) :Baik bos....(dgn perasaan hampa bidin
melangkah keluar)
nak melwn pn tkt kna buang keja..

Haa.....ni giliran pekerja ke 2 lak mencuba nasib...uhhuuhuh

PEKERJA 2..JIDIN(bukan nama sebenar) Prenggggggg..(dia masuk office cam 2 ja..ketok
pintu pn..-nk ketuk pe nya pintu dh terbuka-
BOS :haaaaaaaa..hang pulak psl pa jidin,mcm kena ligan ngn beruk jaa..(bos bertnya kat bidin)

PEKERJA 2..JIDIN(bukan nama sebenar) :bos..bos..saya nk minta pelepasan cuti hari ni..ni soal
hidup mati saya nie..(dgn muka yg berpeluh2)
BOS : awat jidin..sapa yang hidup sapa yang mati(dgn wajah yg agak selamber bos 2 bertnya)

PEKERJA 2..JIDIN(bukan nama sebenar) :mcm ni bos.. isteri saya suruh saya balik.dia ckp
kucing peliharaan saya cedera kena langgar.saya
kena balik,bawa kucing p klinik haiwan....
BOS : huisssssshhhhh mana boleh...masuk keja pkl 8pg.pkl 2 ptg dh nk balik..x boleh!!!!!
hang telefon isteri hang ckp kt dia..p ambik minyak gamat dulu sapu kt kaki kucing tu.
kucing ja pn..apa la sgt(kata2 yang tiada sifat keperimanusian semasa makhluk)

PEKERJA 2..JIDIN(bukan nama sebenar) :yer la bos..(sambil melangkahkan kaki kluar)

Yang ni pulak Pekerja no 3.........


PEKERJA 3..Osman(bukan nama sebenar) :Assalamualaikum bos......................
(sambil buka pintu perlahan2)
BOS : Waalaikummusalam...........ya osman..awat hang ni aku tgk muka hang gembira semcm ja
menang lottery ka man(bos menyindir man)

PEKERJA 3..Osman(bukan nama sebenar) :Bos terlebih dahulu..saya minta maaf laa..............
(sambil muka ada senyum) saya nak minta
pelepasan cuti nie....

BOS : Cuti lagi!!!!!!!!!!!!!!!!(mmg bos lepa tgh hot nie)awat pasal apa!!!!beruk kt umah mati ka??

PEKERJA 3..Osman(bukan nama sebenar) :x la bos..isteri saya telefon saya..dia ckp...dia dh
boleh sembahyang..dia suruh saya balik...hehehe

BOS :Apa.......btl nie man!!! haaa...p balik lekas..aku bagi hang cuti 3 hari(gaji jalan).hang tu dah
seminggu x dapat..ihihihih..(sambil tersenyum lebar)

PEKERJA 3..Osman(bukan nama sebenar) :Terima kasih byk2 bos..............bos mmg fhm
keadaan org yang baru kawen cm saya ni,,hheh

MORAL:jangan sangka bos kita yang kita anggap x berhati perut 2..terlalu kejam
kerana ada sesetengah masalah dalam situasi kita.... dia
memahami...hahahahahahaa

berkkkkkkkkkkkkkkkkk......

Cara Membuat id Angka(email Yahoo)

Saturday, August 21, 2010

video

Assalamualaikum Anda Bersama lagi dengan shah dan team berkk..kali nie shah nak berkongsi tutorial membuat id unik yahoo,iaitu id angka...id nie hanya boleh di create dengan menggunakan window mobile..di mana aplikasinya hanya ada pada iphone..kepada sesiapa yang suka lepak dalam room chat yahoo messenger mesti hairan apabila terlihat id angka berada di dalam chat room..Anda akan terpikir bagaimana untuk membuat id ini..id ini juga sama seperti id yahoo yang lain.Cuma kelebihan dia unik sedikit,kerana semuanya bermula dengan angka dan tidak ramai memilikinyaa.

Shah telah menggunakan software(khas untuk windows xp saja)kita boleh menukarkan windows xp menjadi window mobile.sesiapa yang berminat dengan software id angka ini boleh berhubung dengan shah...--{{@berkk-sekali@}}--

Marvellous Char Koey teow dan Marvellous Pz Cybercafe

Wednesday, August 18, 2010

Hari ini Shah nak Posting Tentang bisnes dari Otai Team Berkk,yang juga merangkap bos kami semua..Shah nak promosi Bisnes yang di jalankan oleh bos kami iaitu Marvellous Char Koey Teow dan juga Cybercafe Miliknyaa..Banyak lagi cabang-cabang perniagaannya.Tapi Shah pilih 2 jaa..Jom kita lihat sama-sama.....

Haa..yang nie bos kami..Jangan tnya kenapa keris tu boleh berdiri dengan Sendirinya...ihhihi.Hanya ilmu penuh di dada saja boleh melakukannya.Beliau juga salah seorang Khalifah Besar (pendiri besar) ahli Persatuan Seni Bela diri Jurus Acheh.Merangkumi (tenaga rohani dan batin)
Untuk pengetahuan anda Pengambilan ahli baru dibuka..Kalau berminat boleh pm(private mesej)shah di pingbox yahoo messenger.

  • Disamping itu kami juga menyediakan perkhidmatan dalam bidang perubatan alternatif:
  • Perubatan pelbagai penyakit spiritual dan fizikal(jarak jauh dan dekat)
  • Seperti:-Gangguan makluk halus,saka,santau,sihir,pelbagai jenis penyakit barah,batu meroyan,masalah wanita,dll lagi..
SETIAP PENYAKIT PASTI ADA UBATNYA KECUALI MATI,BERDOA IKTIAR DAN TAWAKAL INSYA ALLAH.

RESTORAN MARVELLOUS CHAR KOAY TEOW

Gambar di atas adalah salah satu perniagaan yang paling popular iaitu Restoran Marvellous Char Koay Teow.Restoran ada pelbagai menu masakan lagi salah satunya masakan Thai.
Lokasinya
  • No 45,Bandar Darulaman Jaya,06000 Jitra kedah
Restoran ini juga membekalkan kicap untuk masakan char koay teow.
kalau anda berminat untuk menjalankan perniagaan Char koay teow.Restoran ini juga menjalankan perniagaan Francais.Anda boleh menjadi agen.Segala Kelengkapan Disediakan dan teknik masakan akan diajar.Berminat boleh berhubung dengan shah.


Abg kita nie dh kenyang makan Char keoy teow..Dia saja makan 3 pinggan..Anda pun boleh mencubanya.Kedatangan anda di restoran ini dialu-alukan.


Lincin terus...................hahahahahaha,tinggal kulit udang jaaa..


Dah kenyang makan Char keoy teow...Baru nak ingat awek...berkkkkkkkkkk..ahahaha




MARVELLOUS PZ CYBERCAFE

Gambar di atas Marvellous pz CyberCafe.Shah selaku Technician sini...
Baru-baru cybercafe ni mengalami kerosakan serius dimana Connection internet putus-putus akibat masalah hardware dan macam-macam lagi..tak larat nak habaq aihh..Mujur ahli-ahli team berkk yang perihatin datang membantu..


wahh....ada gaya technician tuuuuuuuuuuuu...berkkkkkk..hahahah


Indentiti perlu di rahsiakan....lepa ni susah cikit nak tunjuk muka..heheheheh


Inilah hasil kerja Technician bidan terjun..hahahaha..kira ok laa ni..berkkkkkkkkk


Yang nie bahagian Shah...hhahahahaha...

Memang nampak x elok byk..hahaha..kerja nak cepat cam nie laa..untuk temporary jaa..ihihihi.

Cara mengantikan dan memasang motherboard-(CPU) yang telah rosak

Tuesday, August 17, 2010

Assalamualaikum anda bersama lagi dengan shah dan (teamberkk).Kali ini shah akan berkongsi ilmu iaitu cara-cara untuk mengantikan motherboard-(CPU)yang telah rosak.Jika anda dapat memahaminya.Anda tidak Payah lagi untuk menghantar(CPU) ke kedai.Ini salah satu cara untuk menjimatkan wang anda.Shah akan Menerangkan langkah-langkah pengantian dan pemasangannya.


Langkah 1: Mencari motherboard di kedai komputer

Pastikan anda mengetahui specification komputer anda sebelum membeli motherboard, ini kerana setiap motherboard mempunyai platform masing-masing contohnya motherboard intel tidak boleh di masukkan processor AMD kerana architecture yang berbeza pada setiap CPU.

Langkah 2: Membuka komputer anda

Sebenarnya cukup mudah untuk membuka komputer anda, cuma perhatikan screw yang terlibat dalam menutup casing dan putarkan kesemuanya arah lawan jam.

Langkah 3: Unplug

Cabut semua wayar yang menyambung ke motherboard. Sila perhatikan tempat yang di tandakan dengan bulatan merah. Pastikan anda telah mencabut semua wayar yang bersambungan dengan motherboard sebelum meneruskan langkah seterusnya.

Langkah 4: Unplug komponen motherboard

Tanggalkan komponen motherboard seperti grafik kad, sound kad ataupun network kad dari motherboard anda. Dalam kes ini kita hanya mempunyai grafik kad dan USB cable. Motherboard ini menggunakan buitl-in network dan sound card

Langkah 5: Membuka screw motherboard

Tanggalkan kesemua screw motherboard yang memegang motherboard ke casing komputer anda. Bulatan merah di atas menunjukkan kedudukan screw-screw di dalam casing komputer. Tanggalkan kesemua screw tersebut dengan memutar screw arah lawan jam.

Inilah hasilnya setelah motherboard di keluarkan daripada casing komputer anda.


Langkah 6: Mencabut Panel Port

Jika anda perhatikan dari luar casing komputer anda, anda akan mendapati terdapat sekeping besi yang mempunyai banyak lubang berbagai bentuk. Ini adalah tempat di mana motherboard anda menyambung keyboard, mouse, sound dan network kad. Setiap motherboard mempunyai konfigurasi yang berlainan dan di sebabkan itu, panel port ini sentiasa tidak sama di antara satu sama lain. Keluarkan panel ini dengan menolak besi ini dari dalam casing anda.

Inilah hasil yang di dapati setelah anda berjaya membuka panel port tersebut.

Langkah 7: Membuka processor dan RAM

Cabut RAM dengan menekan suiz bewarna putih di setiap sisi RAM anda. Untuk membuka processor, anda perlu membuka kipas processor. Cara buka setiap kipas adalah berbeza-beza mengikut jenis kipas yang di gunakan. Dalam kes ini, kipas boleh di buka dengan mudah dengan memusing kekunci di penjuru kipas.

Langkah 8: Menanggalkan processor

Sekarang kita perlu tanggalkan processor dengan membuka selak yang mengunci processor. Tekan selak ke bawah dan tarik ke kanan sedikit untuk membuka selak.

Ini dia gambar processor yang telah di tanggalkan.

Langkah 9: Menyediakan motherboard

Setelah semua proses tadi selesai, kita akan membuka motherboard yang baru pula


Langkah 10: Memasang processor

Pasangkan processor semula seperti mana keadaannya anda membuka processor di motherboard sebelumnya tadi. Dalam kes ini anda kena pastikan yang tanda tiga segi terletak di sebelak kanan atas.

Setelah berpuas hati, pasangkan balik selak processor.Ingat, jika anda mempunyai kesukaran untuk memasang kembali processor, jangan paksa untuk menekan dengan kuat kerana ianya akan merosakkan motherboard dan processor.Periksa kembali pemasangan anda jika anda menghadapi masalah seperti ini.

Langkah 11: Memasang Kipas Processor

Pasang kipas processor tadi di atas tapak tempat di mana kita meletakkan processor tadi. Di sini terdapat 4 screw plastik di setiap bucu di mana setiap satunya perlu di pasangkan dengan betul. Sila pastikan tapak kipas dan processor bersentuhan dan penggunaan grease thermal adalah sangat di galakkan untuk memaksimumkan pemindahan haba dari processor ke tapak kipas.Ianya adalah bahan yang wajib jika anda ingin overclock komputer anda.

Langkah 12: Pemasangan RAM

Pasang memory module (RAM) anda di tapak RAM, di tandakan dengan bulatan merah disini. Pastikan kedudukan kaki memory module bertepatan dengan kedudukan tapak memory module. Tekan memory module tersebut hingga terdengar bunyi "klik", jika tidak kedengaran anda perlu periksa semula kaki memory module anda. Untuk mendapatkan maksimum performance, sila pastikan yang kedua-dua momory module di letakkan di tapak (bank) yang betul. Contohnya kedua-dua memory module mesti terletak di bank yang bewarna kuning.

Langkah 13: Pemasangan panel port baru

Gambar di atas adalah gambar panel port bagi motherboard yang akan di pasang. Panel ini perlu di pasang terlebih dahulu kerana adalah agak sukar untuk memasang panel ini sesudah motherboard baru di pasang.

Ini adalah keadaan sesudah selesai pemasangan panel port.

Langkah 14: Pemasangan motherboard

Sesudah processor dan memory module berjaya di pasang, dengan berhati-hati letakkan motherboard yang baru tadi itu ke dalam casing. Pasang screw tadi di tempat-tempat yang di tandakan dengan bulatan merah seperti di atas.


Langkah 15: Panel Casing

Sekarang adalah waktu yang paling sesuai untuk memasang wayar lampu power led dan hard disk activity. Ini kerana adalah lebih mudah memasang pada waktu ini kerana tidak banyak objek di atas motherboard yang akan menganggu operasi pemasangan wayar. Gambar di atas menunjukkan 2 USB cable dan beberapa wayar lain untuk kegunaan reset, power on/off dan hard disk activity.

Untuk memasang wayar kawalan, kita perlu tahu di mana lokasi penyambung untuk setiap wayar.Gambar di atas adalah gambar di mana kedudukan penyambung-penyambung di atas motherboard. Tetapi bagaimana jika manual motherboard telah hilang? Di sini anda tidak perlu risau kerana label-label ini masih terdapat di atas motherboard cuma bezanya tulisannya sangat kecil dan tiada tanda positif dan negatif.

Perhatian: Wayar bewarna merah adalah + dan wayar bewarna hitam adalah sebaliknya. Jika casing anda hanya membekalkan warna merah, gunakan lah wayar ini hanya untuk +. Jangan risau sekiranya anda tersilap menyambung wayar panel ini kerana tiada kebakaran akan berlaku.

Ini adalah hasilnya..

Langkah 16: Pemasangan USB connector (belakang)

Pemasangan USB port lebih mudah kerana kebiasaannya wayar-wayarnya telah tersusun rapi. Anda cuma perlu plug kan di tempat yang betul sahaja.

Gambar USB port yang telah berjaya di pasang, sila lihat tempat yang di tandakan dengan bulatan merah.

Langkah 17: Memasang Panel Bunyi - D epan

Panel bunyi hadapan (Front panel sound) memudahkan kita untuk menyambung sebarang aksesori tambahan seperti microphone dan headphone kerana ianya terletak di bahagian hadapan.Komputer lama tidak mempunyai ciri-ciri seperti ini. Untuk memobolehkan front panel sound anda berfungsi dengan baik, anda perlu menyambungkan wayar daripada panel casing anda ke motherboard. Gambar di atas menunjukkan kedudukan connector di motherboard. Di bahagian atas pula menunjukkan gambar front sound panel connector. Seperti biasa, untuk menyambungkannya kita cuma perlu plug kan ia di tempat yang betul.

Inilah keadaan selepas panel sound di pasang.


Langkah 18: Pemasangan power cable dan kad-kad yang lain

Plugkan power cable di motherboard anda. Ada sesetengah motherboard yang hanya mempunyai satu sambungan sahaja (terdapat di komputer lama). Dalam kes ini, motherboard ini mempunyai dua input power (di tandakan dengan bulatan merah). Untuk memasang kad yang lain pula, dalam kes ini grafik kad, plug kan sahaja grafik kad itu di slot yang telah di sediakan.

Langkah 19: Pemasangan SATA cable

Sata cable adalah penyambung di antara hard disk atau DVD ke motherboard. Cara pemasangannya juga cukup mudah iaitu cuma plug ke tempat SATA cable.

Inilah keadaan selepas cable SATA di pasang di motherboard.Motherboard ini mampu menyokong sehingga 4 SATA cable.

Langkah 20: Pengemasan

Setelah siap semua proses, adalah lebih baik kita mengemaskan wayar/cable yang terdapat di dalam casing supaya pengaliran udara akan menjadi lebih lancar dan memanjangkan hayat komponent motherboard.

Pasang balik casing anda seperti sediakala seperti di atas. Komputer telah tersedia untuk di gunakan.

Memutarkan Mp3 Diroom Yahoo messenger(ym) tanpa menggunakan microphone(windows xp)

Monday, August 16, 2010

Assalamualaikum..Macam biasa laa anda bersama shah dan team berkk.Kali nie shah nak berkongsi Tips dan tutorial,kepada pengemar room sosial chat yahoo messenger boleh la mengikuti tips dan tutorial ini.Dan juga kepada yang gila putarkan mp3 di room chat yahoo messenger(ym).

Kadang-kadang itu bila shah putarkan mp3 di room chat ym, ada yang pm(private mesej) shah menanyakan bagaimana hendak putarkan lagu.kena ada external microphone ke?jawapannya tidak.Inginkan kualiti yang baik vc sound semasa putarkan mp3 di room chat,shah hanya menggunakan sound card saja.tidak ada microphone pun boleh putarkan mp3.

Bila anda mempunyai soundcard yang support recording,maka tips shah ini.. boleh anda gunakan.Perlu diingatkan ada sesetengah pc atau laptop yang lama, soundcardnya yang tidak ada aplikasi recording mode ataupn stereo mixer..ia bergantung kepada pc atau laptop anda.

kelebihan memutarkan lagu dengan mengunakan sound card:

  • kualiti audio(suara) lebih bagus..tanpa ada gangguan sound sekeliling
(nota:kualiti suara sangat bergantung kepada soundcard,semakin bagus soundcard anda,semakin bagus la bunyi sound ada)
  • Sound tidak akan berisik(bunyi pecah-pecah)kerana dengan soundcard anda juga tidak perlu menggunakan speaker luar,anda boleh mendengarkan mp3 anda dengan headphone,sehingga pada malam hari anda putarkan mp3 tanpa menggangu keadaan sekeliling anda.
  • Effect(kesan) suara boleh dibuat dengan player yang anda gunakan tanpa mempegaruhi kualiti output di room ym.
Tips:
  • Gunakan soundcard yang menpunyai kualiti yang baik,klu pc atau laptop anda tidak support recording mode.Anda boleh beli external soundcard..
  • Gunakan chat client yang tahan boot dan juga voice dominance serta software lock mic yang kuat untuk mengurangi gangguan dari luar sewaktu memutarkan mp3 di room ym
(nota: shah menggunakan chat client ysupra..anda boleh download http://www.4shared.com/file/WM318Bg9/YSupra-10054-Installer.htm


Tutorial:
  • klik icon speaker di system tray(toolbar)disebelah kanan bawah(dekat jam)dan akan muncul image seperti berikut:


  • klik menu--->Properties dan akan muncul image berikut:


  • Disini akan ada 3 pilihan button iaitu playback,recording dan other.Secara normal button akan terpilih playback.Ubah ke recording dengan klik button di depan recording..akan terpapar beberapa checkbox disitu (ada 5 checkbox di gambar diatas)jenis pilihan nya pula bergantung kepada model dari soundcard..tidak semuanya sama.
  • klik(check)stereo mix atau mono mix>>ok.Akan muncul image tampilan berikut:


  • Pilih checkbox Select dibawah Stereo mix bila anda bersedia henak putarkan mp3 di room ym
(nota:)anda boleh mencabut semua mic dan speaker anda dan suara mp3 yang anda putar di komputer akan tetap kedengaran di room ym.
  • Sila ikut level seperti image di atas
Anda boleh mencubanya sendiri...selamat mencuba..
Macam biasa laa (berkkkkk) dulu..hehehehe.

Cara untuk mengembalikan account facebook yang terkena hack

Sunday, August 15, 2010

Assalammualaikum..Anda bersama lagi dengan shah dan team berkk..Semalam Shah menerima pertanyaan dari pengunjung blog shah team berkk ni,tentang bagaimana hendak mengembalikan account facebook yang tidak dapat login atau di syaki di hack oleh org yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya lebih mudah kita mencegah daripada mengubatinya,tetapi kerana sudah terlanjur shah akan cuba berikan sedikit gambaran bagaimana anda boleh dapat mengembalikan account facebook anda yang kena hack.

Untuk pengetahuan anda,ada beberapa jenis hack yang selalu terjadi di facebook iaitu:

  1. Hack account facebook(hanya account facebook anda saja yang di hack tapi tidak melibatkan account email yang digunakan untuk create account facebook
  2. Hack account email(yang kemudian digunakan untuk menggantikan password account facebook)
Yang paling sukar dan sulit untuk diatasi ialah jenis Hack yang no 2 itu,jangan risau perkara ini masih boleh diatasi(tiada penyakit yang tidak dapat disembuhkan kecuali mati)ihihihihih..tidak salah kalau mencuba..

Caranya yang digunakan oleh hacker@pencuri ini ialah mengganti password,menggantikan email account untuk login dan beberapa information penting dll.

Ok jom kita cuba menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan step by step
  1. Masuk ke link berikut ini : http://www.facebook.com/help/?page=1023

Pilih no 1 kalau anda boleh menghantar @ terima email daripada login alamat email

Pilih no 2 kalau anda tidak dapat menghantar @ terima email daripada login alamat email

Langkah ke 2

Pilih 1 jika email anda masih wujud di facebook cuma passwordnya saja di tukar

Pilih 2 jika email anda tidak dapat dikesan langsung di facebook.

ikut arahan yang diminta seperti image di bawah:


2. Jika login email di facebook anda sudah di ubah.sila ikut arahan seperti image di bawah:





Masukan information yang diminta untuk facebook membantu anda mengembalikan account anda.

kalau information yang dimasukkan oleh anda tepat dan betul seperti mana anda create akaun facebook dulu..tidak mustahil anda akan dapat kembali akaun facebook anda.Selamat mencuba

Shah harap penerangan shah nie dapat membantu anda....heheheheh..bye.