Followers

Popular Posts

Kesedaran Dalam Mengendalikan Komputer

Sunday, October 3, 2010 | by Ir-Shah

Komputer adalah sebuah peranti yang di cipta untuk melakukan tugas yang di perintah oleh manusia,Komputer juga seperti hamba kepada manusia.Komputer di klasfikasikan sebagai mesin yang boleh diaturcarakan dan digunakan untuk menerima,mengolah data mengikut kehendak  atau pengiraan,logik dan memproses input,output data yang bersystem.



Sebagai pengguna kita amat memerlukan komputer pada zaman era teknologi seperti sekarang.Walaupun sekarang pelbagai peranti lain sudah di lengkapi dengan system komputer seperti telefon bimbit.Hampir ke semua pengeluar telefon bimbit telah memasukkan aplikasi system komputer ke dalam telefon keluaran masing-masing.Tetapi perlu di ingatkan walaupun secanggih mana telefon bimbit keluaran mereka,penggunanya masih terbatas.

Komputer seperti komputer peribadi,(PC)komputer riba(Laptop) perlu di beri penjagaan yang khusus kerana jika kita tidak mengendahkan tentang penjagaannya  mungkin ia akan mendatangkan masalah kepada kita,jangan kita menganggap komputer sebagai kain buruk.Setelah puas dan lama menggunakan kita buang sesuka hati.Kita perlu terapkan nilai kasih sayang dan sifat menghargai jasanya kepada kita.

Contohnya seperti komputer peribadi(PC)apa salahnya kita membuat rutin maintanance dari segi aspek kebersihan dan mengemaskini data-data.Disini Shah nak menegaskan bahawa kita perlukan lakukan rutin terhadap komputer peribadi sebolehnya sebulan sekali.Dari pengalaman Shah,banyak PC yang di hantar oleh pelanggan untuk diperbaiki,kondinasi dalaman dalam CPU amat teruk sekali,berhabuk,kadang-kadang terjumpa binatang yang mati di dalam CPU seperti cicak.Bila Shah bertanya,Encik tidak servis komputer ke?Jawapan yang selamber jer,(Saya tahu guna jer,kalau rosak saya hantar ke kedai jer.)Memang la mendatangkan keuntungan kepada Shah jika ada pelanggan menghantar komputer untuk diperbaiki.Tetapi sebolehnya.kita perlu lakukan sendiri rutin pembersihan kepada CPU sebulan sekali. Jangan kita membazirkan wang saku sendiri sedangkan kita boleh lakukannya sendiri di rumah,Antara rutinnya.
Tidak menghargai Jasa Komputer
1.Membersihkan CPU di luar dan dalam
Shah utamakan CPU dahulu.CPU merupakan ibu segala perkasasan komputer kerana di dalamnya mengandungi pelbagai perkasasan yang penting seperti Motherboard,Prosesor,hard disk,Power Supply dan Ram,kalau salah satu dari pekasasan ini rosak.bermakna komputer tidak akan berfungsi.
kebanyakan pengguna takut untuk membuka casing CPU kerana mereka takutkan berlaku kesilapan semasa kerja-kerja membersihkan CPU.Jangan takut anda hanya menbersihkan kotoran sahaja bukannya menggangu hardware dalamannya.Jangan ikutkan perasaan takut itu.Cara membersihkan CPU dengan mengunakan blower(penyembur angin)berus.kain bersih.Jika anda mengamalkan rutin pembersihan yang teratur maka jangka hayat dan performance komputer anda lebih panjang

2.Mengatur cara system
Mengemaskini Anti virus,System Dragframent,membuang file-file dan folder yang tidak digunakan.Sekarang banyak software yang dicipta untuk tujuan ini seperti CC cleaner,System Care.dan pelbagai lagi.Anda boleh cari di internet.Bersepah software yang menjaga system windows ni.
Laptop akan terbakar jika kepanasan suhu yang melampau
Kepada pengguna yang menggunakan Komputer riba(laptop)anda mungkin terselamat kerana.Laptop mudah dibersihkan bentuknya yang kecil,comel mudah untuk kita mengendalikan.Tapi awas,jika cara penggunaan kita yang agak extreme mungkin menjadi punca kerosakan contohnya seperti menggunakan laptop tanpa menambah penyejuk tambahan(cooler Fan)meletakkan laptop di atas tilam,sofa,tempat sebegini menghalang pengaliran suhu/udara panas dari dalam laptop keluar.Mungkin Anda berkata.."Dh  lama guna cara macam ni tidak rosak pun..hehehe"tetapi mungkin anda merasakan perfomance laptop anda tidak seperti baru beli.,kadang kala jadi lambat.sekejap boleh ON,tiba-tiba terpadam semasa menggunakannya.Dari segi atur cara system.Sama saja seperti menjaga system PC


Kesalahan dalam menggunakan komputer
Tentu anda tidak mahu komputer anda mengalami kerosakan yang serius seperti gambar di atas

Jadi sekarang sementara komputer kita masih berfungsi dengan baik.Eloklah kita menjaga dan memberi perhatian yang khusus kepada komputer kita.

Ini adalah luahan hati insan yang menghargai jasa dan sumbangan komputer............hehehehe.
Apa-apapun --{{@Sh@ring is S3xy@}}--

  1. 4 Responses to “Kesedaran Dalam Mengendalikan Komputer”

  2. By Gee on 30/9/10 8:46 PM

    duhhhhhh...smpai gini skali ka..ahaha

  3. By Ir-Shah on 30/9/10 9:30 PM

    ahakss....

  4. By Anonymous on 7/1/11 3:41 PM

    aku stuju bro..-jebat

  5. By Anonymous on 31/1/11 9:43 AM

    Assalamualaikum saudara...saya ingin bertanya berkaitan laptop saya ni...boleh on da berfungsi seperti biasa..tetapi scren gelap...hitam je..apa masalah laptop saya ni?? mohon penje;asan saudara.

Post a Comment

BOLEH BERTANYA DI SINI