Followers

Popular Posts

Info Sains Bersama Team Berkk

Friday, August 13, 2010 | by Ir-Shah

Assalamualaikum.....kembali lagi bersama shah dan team berkk,sudah lama tidak postingkan artikel di blog nie..org sibuk katakan..hihihihi..ketika menulis posting ni,shah baru saja selesai menjamah juadah berbuka puasa...menu utama shah berbuka puasa ialah "YOGURT"sedap..hihihi...

DIsini shah nak berkongsi ilmu sains dengan anda semua..bila makan YOGURT nie,shah teringat kembali bagaimana "YOGURT"dihasil,semasa belajar di Sek Men Aliran Sains dulu..hahahaha,masih teringat kembali muka cikgu Sains shah yang comel tu..lalalalala

Berbalik pada penghasilan "YOGURT" ni..Tahukah anda bahawa bakteria dalam najis bayi yang baru lahir sehingga berumur 28 minggu boleh digunakan untuk penghasilan "YOGURT"mungkin anda semua tidak percaya..tapi ianya realiti.jom teruskan membaca..........shah akan bongkarkan rahsia "YOGURT"

kalau anda pengemar "YOGURT" macam shah jangan anda merasa geli kerana ini adalah fakta yang perlu dikongsi.Mesti anda tertanya-tanya bolehkan makanan dicampurkan dengan bakteria sedangkan bakteria itu jahat??Anda jangan keliru.Ini kerana bakteria juga sebenarnya ada yang baik dan ada yang jahat..hehehe.Bakteria yang membawa kepada kebaikan disebut sebagai prebiotic.Contohnya lactobacillus,bifido,bacterium dan streptococcus.(tergeliat lidah2 aihh nk sebut..hahaha) Bakteria ini digunakan untuk membantu industri makanan dalam menghasilkan produk berasaskan susu terutamanya dalam prosese penapaian untuk menghasilkan "YOGURT"

Sekarang,mari kita lihat bolehkah bakteria baik(macam dengan shah ni) yang diambil dari najis bayi dimasukkan ke dalam makanan.Teknologi hari ini memungkinkan bakteria ini dipencilkan dari bendasing.Seterusnya bakteria ini dibiakkan untuk mendapatkan kultur bakteria prebiotic yang tulen selepas dieram,diempar dan dibersihkan dengan air.Akhirnya,Bakteria kultur yang tulen terhasil dan digunakan sebagai agen pemangkin dalam penghasilan "YOGURT"

Walaupun najis bayi adalah najis yang tidak boleh dimakan menurut islam,namun bakteria yang diambil daripadanya telah melalui proses pengasingan dan penyucian dengan air suling.Kedua-dua peringkat proses ini selaras dengan tuntutan syarak dalam proses menyucikan najis.Untuk makluman anda semua,setiap sesuatu yang terkena najis,tidak lagi dianggap najis sekiranya telah dibersihkan unsur-unsur najis yang terkena padanya(betul ker susunan ayat aku ni..hahahaha)

Jadi,anda tidak perlu risau lagi.Penggunaan bakteria dalam 'YOGURT' adalah harus.Anda boleh terus menikmatinya dengan enak selagi ia tidak bercampur dengan perkara-perkara lain yang haram dimakan.'YOGURT" menpunyai banyak kebaikan.Disebutkan juga bahawa Rasulullah SAW pernah memberikan "YOGURT" kepada sahabat yang sedang sakit

Setahu shah,Muzakarah Jawatankuasa Faktwa majlis Kebangsaan kali ke-62 telah memutuskan bahawa hukum mengunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang benda najis sebagai agen pemangkin dalam 'YOGURT' adalah harus dengan syarat yang ditetapkan.

lepas nie jangan geli pulak nak makan yogurt..haahahha..sekian terima kasih..

  1. 3 Responses to “Info Sains Bersama Team Berkk”

  2. By N4k4L.Bu4s on 13/8/10 10:00 PM

    huraian yg baik....smua tip2 & skill telah d letakkan d dlm artikel nii...(btul ka apa yg aku taip ni)hahahaha.....anda akan d nilai dan d beri markah....sy akan memberi markah kpd SHAH sbyk 100....ahahaha berkkkkkkkkkk

  3. By flower on 14/8/10 12:58 PM

    takkan berubah kesukaan ku pada yogurt! hahahaha

  4. By Ir-Shah on 14/8/10 3:24 PM

    AHAKSSS..mmg best laa hampa niee..lawak

Post a Comment

BOLEH BERTANYA DI SINI